Translations Suras
MALAY

108 - AL-KAUTHAR

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 
1Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
 
2Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
 
3Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
 
 
ReadTheQuran.org