Translations Suras
MALAY

99 - AZ-ZALZALAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 
1Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
 
2Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
 
3Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?
 
4Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
 
5Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
 
6Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
 
7Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
 
8Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
 
 
ReadTheQuran.org